Wednesday, March 25, 2009

AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2009 / 2010

Penasihat : Ummi Zakiah Binti Ambari
Yang Dipertua : Ishak Bin Mohd Ariffin
Naib Yang Dipertua : Mohd Radzi Bin Mohd Nor
Setiausaha : Nor Azmar Binti Abdul Wahab
Naib Setiausaha : Norasikin Binti Johari
Bendahari : Wan Fatimah Binti Wan Omar

AHLI JAWATANKUASA IBUBAPA
1) Fauzai @ Mohd Fauzi Bin Haji Mahmud
2) Hamdan Bin Misran
3) Hamzah Bin Ahmad
4) Mohd Rafix Bin Mohd Shariff
5) Norazana Binti Johari
6) Hajah Siti Azzah Binti Yaacob @ Yahya

AHLI JAWATANKUASA GURU-GURU
1) Norlela Binti Baharudin
2) Nor Azmah Binti Mat Nayan
3) Nurul Akmar Binti Ahmad
4) Sahlawati Binti Md. Danu
5) Siti Asmah Binti Hassan
6) Suzana Binti Abd. Mutallib

PEMERIKSA KIRA-KIRA
1) Haji Talha Bin Abdullah
2) Muryati Binti Ngadimin

Tuesday, March 24, 2009

KATA-KATA ALUAN

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah dan bersyukur kita ke hadrat illahi dengan penerbitan blog ini oleh PIBG Sra Sg Sekamat. Di sini saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada PIBG Sra Sg Sekamat sesi 2009/2010 di atas usaha dan komitmen mereka.

Pihak sekolah amat mengalukan apa-apa usaha dan kerjasama dari semua pihak terutama ibubapa dan penjaga demi kebaikan dan kecemerlangan murid-murid. Tanpa kerjasama ibubapa dan penjaga kami percaya wawasan untuk melahirkan modal insan tidak akan tercapai.

Kecemerlangan akademik tidak akan membawa apa-apa makna jika pengisian rohani diabaikan. Di sinilah peranan sebuah sekolah agama dalam mendidik murid-murid supaya cemerlang dari segi rohani dan akademik.

Oleh yang demikian pihak sekolah bersama-sama dengan PIBG telah pun merancang beberapa program dan harapan pihak sekolah program ini akan mendapat sambutan dari ibubapa dan penjaga. Tanpa kerjasama semua pihak terutama ibubapa dan penjaga program yang dijalankan mungkin tidak akan berjaya.

Diakhir kalam, saya selaku guru besar SRA Sg Sekamat ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala sokongan dan kerjasama semua pihak terutamanya ibubapa, penjaga dan guru-guru.

Sekian, Wassalam.
Guru Besar SRA Sg Sekamat
Puan Ummi Zakiah Binti Ambari

Monday, March 16, 2009

SEKAPUR SIRIH

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Illahi kerana berjaya membuat blog ini. Blog ini bertujuan untuk menjadi medium perantara antara pihak PIBG SRA Sg Sekamat dan ibubapa penjaga mahupun guru-guru. Insyaallah blog ini akan kami jadikan tempat untuk membuat sebarang hebahan dan pengumuman.

Kami berharap dan berbesar hati sekiranya, ibubapa dan penjaga dapat bersama-sama menyumbangkan sebarang idea atau cadangan mahupun sebarang kritikan untuk sama-sama kita membangunkan kecemerlangan anak-anak kita dalam merealisasikan wawasan untuk melahirkan modal insan.

Sekian, wassalam
YDP PIBG SRA Sg Sekamat
Ishak Bin Mohd Ariffin