Monday, March 16, 2009

SEKAPUR SIRIH

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Illahi kerana berjaya membuat blog ini. Blog ini bertujuan untuk menjadi medium perantara antara pihak PIBG SRA Sg Sekamat dan ibubapa penjaga mahupun guru-guru. Insyaallah blog ini akan kami jadikan tempat untuk membuat sebarang hebahan dan pengumuman.

Kami berharap dan berbesar hati sekiranya, ibubapa dan penjaga dapat bersama-sama menyumbangkan sebarang idea atau cadangan mahupun sebarang kritikan untuk sama-sama kita membangunkan kecemerlangan anak-anak kita dalam merealisasikan wawasan untuk melahirkan modal insan.

Sekian, wassalam
YDP PIBG SRA Sg Sekamat
Ishak Bin Mohd Ariffin

2 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Tahniah atas kelahiran blog ini. Dengan kehadirannya kita semua dapat mengeratkan salam ukhuwah antara ibubapa, penjaga & guru-guru.

    ReplyDelete